Panduan ibu bapa

Sediakan NusaIQ untuk bermain offline

Sediakan permainan semasa internet masih ada, contohnya sebelum perjalanan atau sebelum anak menggunakan tablet tanpa sambungan. Membuka satu halaman sahaja tidak semestinya bermaksud seluruh pek sudah siap.

Kucing dan tulisan NusaIQ

Download lengkap

Sedang semak saiz fail…

Semua 42 game semasa, gambar, bunyi dan animasi yang digunakan. Aktifkan access code pakej penuh dulu. Install app sahaja belum bermaksud semua fail dah siap.

Sedang buka senarai download…

Mobile: buka menu browser dan pilih Install app / Add to Home Screen jika tersedia. Tunggu semua fail siap dan tekan Semak fail offline. Browser mungkin membuang simpanan jika ruang tak cukup; semak semula sebelum perjalanan.

Windows: simpan ZIP, extract semua fail, kemudian buka START-NusaIQ.cmd. Tiada Python atau Node diperlukan. Profil web dan ZIP disimpan berasingan; aktivasi desktop menggunakan slot sendiri dalam had lima peranti.

Apa yang belum termasuk?

Worksheet masih Coming Soon. Video lama yang belum lulus semakan tak dimasukkan atau diaktifkan. Animasi kucing semasa disertakan. Jika video baharu diluluskan, pakej akan dikemas kini. Payment, aktivasi pertama dan refresh akses berkala masih perlukan internet. Short-code lease 30 hari boleh di-refresh dengan kod sama, tanpa beli semula.

1. Gunakan pelayar dan peranti yang sama

Buka NusaIQ dalam pelayar yang anda mahu gunakan. Aktifkan demo atau kod pembelian semasa online. Simpan kod dan fail pemulihan secara peribadi supaya mudah mendapatkan bantuan jika bertukar pelayar.

2. Tunggu muat turun selesai

Benarkan aplikasi memuat turun fail permainan. Pek penuh memerlukan akses penuh yang aktif; demo menyediakan permainan demo. Jangan putuskan internet ketika muat turun masih berjalan.

3. Cuba permainan sebelum keluar

Buka permainan yang mahu digunakan dan cuba satu soalan. Kemudian matikan sambungan buat sementara dan buka semula permainan untuk memastikan persediaan pada peranti anda sudah selesai.

4. Fahami perkara yang masih perlukan internet

Bayaran, pengaktifan awal, pembaharuan akses apabila diperlukan, kemas kini dan video atas permintaan boleh memerlukan internet. Penjana lembaran kerja: Coming Soon. Ia sedang disiapkan dan belum boleh digunakan.

5. Simpan rekod peranti

Nama profil dan kemajuan permainan disimpan pada peranti. Jangan padam data laman atau storan pelayar untuk menyelesaikan masalah biasa; tindakan itu boleh membuang rekod setempat. Tutup permainan dahulu sebelum menerima kemas kini biasa aplikasi.

Jika permainan masih tidak boleh dibuka

Sambungkan semula internet, semak akses dan lengkapkan muat turun. Dapatkan bantuan dalam kumpulan sokongan NusaIQ. Terangkan masalah secara umum; minta saluran peribadi sebelum menghantar resit atau maklumat pesanan. Jangan siarkan kod penuh atau fail pemulihan dalam kumpulan.

Sediakan demo percuma

Teroka permainan NusaIQ · Semak pakej penuh